Friday, December 30, 2011

Masihi 2011. . selamat tinggal.

selamat tinggal pada semua, berpisah kita selamanya... pergh, lagu pun nak gempak an. hihi.. Alhamdulillah.. kita semua masih mampu menghirup udara nikmat Allah, mampu berdiri walaupun kadangkala terjatuh dan tersungkur. Alhamdulillah. teringat bait-bait lagu Maher Zain:

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
-----
TEKADKAN HATI...KUATKAN AZAM..MISI KITA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI PERLU DILAKSANAKAN...SEBARKAN DAKWAH ISLAMIAH, PERTEGUHKAN AKHLAK MULIA DAN PERBANYAKKAN AMALAN. AAMAR MA'RUF NAHI MUNKAR. INSYA'ALLAH. SAMA-SAMA KITA BERUSAHA DAN GIAT MENCAPAI MISI ITU. 
------

Thursday, December 29, 2011

AKUKAUNSELOR!!

alamak ! post nak gempak la pulak kan..kwang3..
opss... ASSALAMUALAIKUM.... salam muhibbah semua!
fuuuhhhhhhhhhhhhhh..perghh, berhabuk sudah belog saya~ngeee..ampun yer..TUAN RUMAH ni ikut mood jek nak update belog...ish3..
----
----
----
haa, tup3 da nak FINAL EXAM dah~~alhamdulillah..masih diberikan peluang oleh Maha Pencipta untuk berjuang di medan peperiksaan. Harap2 peluang untuk berkhidmat dalam bidang kaunseling ni pun masih diberikan oleh Allah s.w.t.  untuk membantu anak-anak muda dan orang lain. Insya'Allah.
Semenjak kesepian saya disini bukan apa, agak menyibukkan diri dengan beberapa perkara. Alhamdulillah, semua dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang diberikan. Cuma, sem ni saya agak kesal sikit sebab tak dapat nak turun training selalu. Sory JUMPERZ,.. Alhamdulillah ade backup2 junior yang turun training. Saya akui juga saya yang menyepikan diri jugak. huhu..
(baru perasan aku guna kata ganti diri 'saya' laaa..baiknyerrrrr..haha)
....
...
..
NAK BERUBAH! yup... Aku tekad yang aku kena berubah! TAPI... Apa yang perlu diubah???
itulah, sekarang ni saya masih dalam proses muhasabah diri. Baru- baru ni someone terus-terang cakap dia ada satu persepsi negatif tentang saya yang saya sendiri masa tu tak sanggup nak tanya. Tapi, dia kata sekarang dia dah kenal saya macam mana then dia minta maaf sebab berpersepsi sebegitu..Alhamdulillah. Saya tak nak tanya dia lebih lanjut sebab memang secara tidak sedar saya ada lakukan dan katakan perkara yang tak sepatutnya pada masa tertentu. I'm SOrry kekawan! (^_^) maafkan aku taw!
...
..
.
banyak benda yang aku belajar dalam sedar tak sedar dah hampir 3 tahun di UPSI.
THANKS to ALL OF YOU... 
dan dalam masa yang sama, dah hampir 2 tahun jugak aku berkawan dengan MR. Z. thanks dear
(^_^)
dan banyak lagilah!!!
BONDAku tetap menjadi Sumber Inspirasi aku untuk aku bina impian dan CAPAI impian tu menjadi REALITI. AMEEN...
....
SEKARANG, aku tak kan pernah menyesal walau satu pun tentang peristiwa lampau yang pernah aku lalui dulu.. sebab semua tu sangat BERHARGA walaupun ianya SANGAT PAHIT. Tapi, tu lah AKU sekarang. Alhamdulillah, aku masih di jalan yang lurus tak seperti anak remaja sekarang yang kekurangan kasih-sayang dan mendamba kasih-sayang daripada jalan yang salah. ITU YANG AKU PERLU BANTU! INSYA'ALLAH.. 
......
semuanya adalah bersebab.. anak-anak muda sekarang adalah keluarga aku juga. 
Semua manusia inginkan Kebaikan, dan menjadi seorang yang BAIK, cuma kadang-kadang KEADAAN tidak mengizinkan. JIWA LULUH!~~
.....
SEMOGA ILMU YANG SELAMA INI AKU DAN KAWAN-KAWAN AKU TIMBA DAPAT DIMANFAATKAN UNTUK MEMBAWA SINARAN BARU DALAM HIDUP ADIK-ADIK KAMI KE JALAN YANG DIREDHAI . . .AMEEN..

---



Sunday, November 13, 2011

Make Me Stronger ::: A I S H I T E R U :::

Assalamualaikum Semua! Salam Perpaduan!Salam Aishiteru!!! Pada waktu dan ketika ini saya dapat rasakan satu pengalaman dan ikatan kasih-sayang yang SANGAT Menggamit JIWA semasa mengendalikan Program Motivasi MAKE ME STRONGER(MMS) di SMK Rompin, Pahang. 
Alhamdulillah, segala kesulitan sebelum program berlangsung bukan lagi satu bebanan malah satu Nikmat yang tidak dapat saya huraikan dengan kata-kata.

takkan kumenyerah kalah
walau mimpi kumusnah
harapanku hancur sayapku patah...

Pada mulanya, saya bersama rakan- rakan yang lain sepatutnya menjalankan program ini di salah sebuah sekolah di Terolak. Kegagalan kami timbul apabila program yang kami cadangkan kepada pihak sekolah ditolak walaupun secara hikmah tapi dari sudut peribadi sendiri saya patah semangat, tapi saya masih ada TEAM MMS yang gigih mendapatkan ruang untuk kami jalankan program motivasi ini. Ya, ini adalah assignment kami, tapi selagi mana yang kami mampu untuk membuktikan yang program yang kami rencanakan ADA ISI, ADA HASIL, ADA IMPAK untuk adik-adik kami di sekolah.
 TEAM MMS

kan kupancarkan cahaya seperti pelita
ke serata dunia yang gelap gelita
setibanya kami di Rompin (jam 12malam), Pahang setelah sesat terlajak ke Rompin, N9, kami disambut ketibaan oleh PK HEM SMK Rompin, Cikgu Azhar (Pa' HAR) , Khalida a.k.a Khalid(Ketua Pelajar), Cikgu Hanafi (warden), Cikgu Noraz(Warden). Tak semuanya indah belaka kan, ada sesuatu yang kurang menyenangkan sebuah pihak ni tentang kedatangan kami di sana tapi waktu tu kami dah pekakkan telinga, TEKAD! Agi idup Agi Ngelaban! kami datang bukan kerana tugasan yang perlu diselesaikan tapi MISI kami MAKE ME STRONGER!!!

 last check sambil tunggu bas datang!!yeaahaa...

inilah makannyerrrrrrr!~~hihi
 orang kuat MMS _Cikgu Hanafi & Cikgu Azhar
(^_^)

time nak set-up DM..alhamdulillah DM yg so cool~~

 haa, tu dia Cikgu Faizul( kaunselor SMK Rompin)

 kitorang pun kena berlatih energizer jugak...sikalakaseekasee~~ngee
selagi jasadku belum terkubur...belum terkubur..belum terkubur
selagi tubuhku belum ditimpa uzur..belum ditimpa..belum ditimpa
pantang datuk nenek moyangku..berundur!!
Program bermula pada 10 november 2011 jam 3.30 petang di DM. Yang menariknya, peserta yang cikgu bagi melebihi apa yang kami rencanakan..opss terlebih sudaaa...itu sudah bagus~~hehehe..okie, kami tak kisah dan kami akan cuba sempurnakan mengikut kemampuan kami. Oleh kerana jumlah peserta bertambah sehingga mencecah 83 pelajar (tingkatan 1,2,4) kami memang kelam kabut untuk uruskan tag (bintang), pemplet, borang penilaian pre n post, dll. alhamdulillah kerjasama semua fasilitator melicinkan perjalanan taklimat program pada petang itu. Slot Ice-breaking bermula pada jam 5 petang dengan slot BILA TIRAI DIBUKA. 
p/s: nak tengok tak?klik sini!SMILE~~


adik- adik sem1 yang jadi fasilitator tambahan yang sudi turun padang walaupun berasal dari kos yang berbeza. Thanks A lot adek2!!
THIRA yang COMEL _cameragurl 1


Fifa yang sempoi tampil cute ni cameragurl2...ngeee

 zull, luv peace no war..kihkih...fasilitator kumpulan Sempoi dengan Kak SHue

eeyh...tak lupa juga...ilias a.k.a rocker Jambatan Goyang2 sem5 kos Kemahiran Hidup..bley percaya tak?hehehe..thanks!


alhamdulillah.... perjalanan program banyak memotivasikan diri saya sendiri apabila melihat adik- adik yang join MMS ni. Betapa tingginya semangat yang perlu kita garapkan untuk mencapai sebuah kejayaan dan kebanggaan..I AM STRONGER! 

 Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan...

 Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu





 Dan rasakan aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan ai ai aishiteru


Adik- adik,
Harapan Kak Iman, Semoga adik-adik kuat, kuat dan TETAP KUAT walau apa-apa pun yang berlaku. Tak salah untuk menitiskan airmata..
Lihatlah didalam CERMIN, ORANG ITU MASIH MEMERLUKAN KITA!!!!
BIARLAH KITA MENITISKAN AIRMATA KEMENANGAN SELEPAS TITISAN AIRMATA KEKALAHAN ITULAH YANG TERAKHIR MENCABAR SEMANGAT PERKASA KITA BERJAYA LENYAPKAN! 
KITA DILAHIRKAN MULIA(KHALIFAH MUKA BUMI INI) , BIAR MATI PUN MULIA!
DAYUNG SUDAH DITANGAN, PERAHU SUDAH DI AIR, TUNGGU APA LAGI??
BANGUNLAH!!!
DENGAN UNGKAPAN KERAMAT 13.11.11... I MISS YOU FOREVER~~Subhanallah~~

 
 



Tuesday, November 8, 2011

Erti sebuah pengorbanan

Assalamualaikum . . Salam Perpaduan . . Salam AidilAdha . . Harap2 masih belum terlambat saya memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan kepada semua. Maaf Zahir dan Batin. 

baru- baru ini, saya balik bercuti ke kampung tercinta. waa, tahun ni sambutan raya korban agak berlainan daripada tahun sebelum ni. Kampung saya menjadi tuan rumah bagi penyembelihan lembu perdana yang menghimpunkan lembu- lembu korban. Daging lembu akan diagihkan mengikut kampung masing- masing. 


 sempat lagi 'pak moo' ni berposing...


ini lubang yang digali supaya darah lembu ini masuk ke dalam lubang kemudian ditimbus sebagai saksi pengorbanan lembu ini disembelih

 Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."


APA ITU RAYA KORBAN = RAYA HAJI??
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.





Monday, November 7, 2011

Learn about LIFE & LIVING

"LEARN ABOUT LIFE AND LEADERSHIP IN THIS VIDEO"


DON'T EVER GIVE UP

NEVER SAY NO

KEEP MOVING FORWARD

STOP COMPLAINING, STOP WHINING 



Wednesday, October 26, 2011

P ersepsi D iri

ASSALAMUALAIKUM.. salam MUHIBBAH . . n Happy Deepavali . .

Dari kelmarin dok blogwalking kat web, macam-macam isu blogger kongsikan dengan reader. Tiba- tiba saya terfikir juga tentang apa yang blogger cerita n kongsikan pandangan tu subjektif dan berpandukan skop yang luas, tidak fokuskan kepada individu tertentu. Terima kasih kepada semua blogger yang meluangkan masa demi menambahkan ilmu di dada reader. credit to all of u..yeah..clap3...

-p/s: pendahuluan tamat-ngeeee~~
Apa yang saya nak kongsikan detik ini? Persepsi Diri?
hurmmm... bayangkan situasi ni...



"orang yang kita tak kenal. Kita tak akan percaya orang ini. Betul tak?? normal laa kan. Dan kalau saya pun yang jadi rakan yang kaya- raya itu saya rasa macam entah apa- apa sahaja perempuan ni. Normal kan? 
Nak tahu sebab apa? Sebab kita selalu LUPA DIRI. Yelah, waktu orang tengah susah kan, kita tengah senang kita boleh cakap orang lain nak ambil kesempatan. eeyh,, mana boleh saya cakap begitu, memang zaman sekarang orang lain mana boleh dipercayai. Betul tak? Kawan pun boleh makan kawan, inikan pula perempuan yang tiba-tiba datang dari mana entah. Aiseyh, tak tenteram pula kalau buat dek jek. Tapi kalau tolong karang melebih- lebih pulak perempuan ni..."

sahabat semua.. bagaimana persepsi anda?apa yang anda fikirkan sekiranya andalah yang menjadi perempuan yang meminta pertolongan itu? APA NIAT ANDA SEBENARNYA???Jujur ke tipu, Tepuk Dada Tanya Iman. 

macam mana pula kalau anda sebagai rakan tersebut? apa yang anda akan lakukan?diam seribu bahasa jek ke. atau...
"...Eyh, ikut suke ko laa nak bagi ke tak. tapi, kalau akulah aku pun dah susah, nak tolong orang lagi ke, dah lah tak kenal, kot2 perompak ke nak buat muslihat. Takut aku..."

inilah yang biasa saya dengar..
~negative thinking~
Hablu minnannas . . . 
(bersangka baik kepada manusia)
susah kan kita nak lakukan...
kita suka salahkan persekitaran, zaman sekarang susah nak caya lah, bla..bla..bla...byk alasan kita(termasuk saya)
Tapi, kita lupa yang Allah kurniakan kita semua akal fikiran
fikir secara berhikmah untuk hadapi situasi..
Amalan dan ibadah kita selama hari ini masih tidak dapat melahirkan hati yang bersih sehingga kita berprasangka tidak kena tempat?
nauzubillah . . .


sekarang, apa yang anda fikirkan? Face or words??

shhhhh....xde jawapan pun tapi apa-apa pun yang korang semua fikirkan, berbalik kepada persepsi fikiran masing-  masing. yup, Setiap individu adalah berbeza dan unik.Subhanallah. Sekadar renungan dan muhasabah sendiri tentang apa yang kita fikirkan selama ini mengenai diri kita, rakan- rakan, pensyarah, orang di sekeliling kita mahupun keluarga kita sendiri, "Betulkah Apa Yang Saya Fikirkan Tentang Mereka?" Wallahua'lam.

Akhir kalam, 
Katalah Apa Sahaja Tentang Kata-Kata Yang Bukan Mengata Apatah Lagi Yang Diperkatakan, Malah Katalah Dengan Akal Apabila Kata Itu Menyuburkan Hati Dengan Berhati-Hati Tentang Kata Yang Ingin Dikatakan Dan Mampu Mengubah Hati-Hati Dengan Kata-Kata Yang Penuh HIKMAH. 


Monday, October 24, 2011

Makna . . .


Assalamualaikum . . Salam Perpaduan! Salam Muhibbah !

Terfikir seketika apabila memikirkan apa yang difikirkan dalam fikiran ni. Pasal Understanding.

Seek First to Understand. Then to be Understood





  
sekadar renungan untuk kawan- kawan semua nilai sendiri. 

....
...
..
.

BELAJAR UNTUK MEMAHAMI SUPAYA FAHAM YANG ORANG LAIN SUSAH NAK FAHAM DIRI KITA YANG TAK PERNAH DIFAHAMI.