Tuesday, November 8, 2011

Erti sebuah pengorbanan

Assalamualaikum . . Salam Perpaduan . . Salam AidilAdha . . Harap2 masih belum terlambat saya memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan kepada semua. Maaf Zahir dan Batin. 

baru- baru ini, saya balik bercuti ke kampung tercinta. waa, tahun ni sambutan raya korban agak berlainan daripada tahun sebelum ni. Kampung saya menjadi tuan rumah bagi penyembelihan lembu perdana yang menghimpunkan lembu- lembu korban. Daging lembu akan diagihkan mengikut kampung masing- masing. 


 sempat lagi 'pak moo' ni berposing...


ini lubang yang digali supaya darah lembu ini masuk ke dalam lubang kemudian ditimbus sebagai saksi pengorbanan lembu ini disembelih

 Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."


APA ITU RAYA KORBAN = RAYA HAJI??
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.





No comments: