Dari kelmarin dok blogwalking kat web, macam-macam isu blogger kongsikan dengan reader. Tiba- tiba saya terfikir juga tentang apa yang blogger cerita n kongsikan pandangan tu subjektif dan berpandukan skop yang luas, tidak fokuskan kepada individu tertentu. Terima kasih kepada semua blogger yang meluangkan masa demi menambahkan ilmu di dada reader. credit to all of u..yeah..clap3...
-p/s: pendahuluan tamat-ngeeee~~
Apa yang saya nak kongsikan detik ini? Persepsi Diri?
hurmmm... bayangkan situasi ni...
"orang yang kita tak kenal. Kita tak akan percaya orang ini. Betul tak?? normal laa kan. Dan kalau saya pun yang jadi rakan yang kaya- raya itu saya rasa macam entah apa- apa sahaja perempuan ni. Normal kan?
Nak tahu sebab apa? Sebab kita selalu LUPA DIRI. Yelah, waktu orang tengah susah kan, kita tengah senang kita boleh cakap orang lain nak ambil kesempatan. eeyh,, mana boleh saya cakap begitu, memang zaman sekarang orang lain mana boleh dipercayai. Betul tak? Kawan pun boleh makan kawan, inikan pula perempuan yang tiba-tiba datang dari mana entah. Aiseyh, tak tenteram pula kalau buat dek jek. Tapi kalau tolong karang melebih- lebih pulak perempuan ni..."
sahabat semua.. bagaimana persepsi anda?apa yang anda fikirkan sekiranya andalah yang menjadi perempuan yang meminta pertolongan itu? APA NIAT ANDA SEBENARNYA???Jujur ke tipu, Tepuk Dada Tanya Iman.
macam mana pula kalau anda sebagai rakan tersebut? apa yang anda akan lakukan?diam seribu bahasa jek ke. atau...
"...Eyh, ikut suke ko laa nak bagi ke tak. tapi, kalau akulah aku pun dah susah, nak tolong orang lagi ke, dah lah tak kenal, kot2 perompak ke nak buat muslihat. Takut aku..."
inilah yang biasa saya dengar..
~negative thinking~
Hablu minnannas . . .
(bersangka baik kepada manusia)
susah kan kita nak lakukan...
kita suka salahkan persekitaran, zaman sekarang susah nak caya lah, bla..bla..bla...byk alasan kita(termasuk saya)
Tapi, kita lupa yang Allah kurniakan kita semua akal fikiran
fikir secara berhikmah untuk hadapi situasi..
Amalan dan ibadah kita selama hari ini masih tidak dapat melahirkan hati yang bersih sehingga kita berprasangka tidak kena tempat?
nauzubillah . . .
sekarang, apa yang anda fikirkan? Face or words??
shhhhh....xde jawapan pun tapi apa-apa pun yang korang semua fikirkan, berbalik kepada persepsi fikiran masing- masing. yup, Setiap individu adalah berbeza dan unik.Subhanallah. Sekadar renungan dan muhasabah sendiri tentang apa yang kita fikirkan selama ini mengenai diri kita, rakan- rakan, pensyarah, orang di sekeliling kita mahupun keluarga kita sendiri, "Betulkah Apa Yang Saya Fikirkan Tentang Mereka?" Wallahua'lam.
Akhir kalam,
Katalah Apa Sahaja Tentang Kata-Kata Yang Bukan Mengata Apatah Lagi Yang Diperkatakan, Malah Katalah Dengan Akal Apabila Kata Itu Menyuburkan Hati Dengan Berhati-Hati Tentang Kata Yang Ingin Dikatakan Dan Mampu Mengubah Hati-Hati Dengan Kata-Kata Yang Penuh HIKMAH.
No comments:
Post a Comment