Assalamualaikum. . . salam satu Malaysia . . salam Perpaduan. . .
Entry saya yang pertama ini sekadar perkongsian dengan umum. Baru- baru ini saya ada bertemu dengan seorang lelaki yang 'psiko', itu pun setelah rakan- rakan saya bercerita mengenainya. Apa yang saya nak tekankan di sini yang mana punca- punca dia berkeadaan sedemikian. opss..lupa pulak nak describe him.
-
-
-
-
- berperawakan kemas
- fasih dan tampak berkeyakinan
- ... susah nak percaya yang dia mengalami masalah mental kalau tengok fizikalnya sahaja.
- suka berjalan- jalan dan mudah ramah dengan orang yang baru dikenali
- pernah dalam satu majlis yang besar, dia memakai pakaian batik dan duduk serta bergaya di tempat reserve VIP. Masya Allah.
Persoalannya; sejauh mana kita menilai diri dan personaliti seseorang yang kita kenal mahupun yang dah lama kita kenal ataupun yang baru kita kenal?? Bahayakah seseorang seperti yang saya jumpa itu kepada sekelilingnya??
....
...
..
..
.
.
.
Jawapannya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana untuk menghadapi situasi seperti ini. Pada pendapat saya, orang yang mengalami masalah mental perlu dibantu. Tapi, bagaimana ya??
Mungkin dari segi dorongan moral yang mampu kita berikan kepada mereka dan tidak hanya mengutuk. Dalam masa yang sama kita dapat mengawal tingkah laku setelah memahami tingkah laku sebenar golongan 'psiko' ini barulah kita dapat berwaspada dengan sebarang ancaman yang tidak dijangkakan. Oleh sebab itulah, pembinaan hubungan sangat penting untuk mewujudkan repo dan kepercayaan. Selepas itu, barulah kita boleh mencadangkan kepadanya untuk berjumpa dengan pakar psikologi bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan. Saya bayangkan sekiranya saya merupakan pesakit mental yang nampak normal di mata kaca orang lain. Pastinya saya tidak dapat menerima kenyataan yang saya MENTAL! Tapi, berbeza sekiranya seorang sahabat rapat menyarankan saya berjumpa pakar atas sebab BIMBANGkan kesihatan dan kesejahteraan saya. Subhanallah!Bila kusedari..diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani...
Jadi, bagaimana kawan- kawan???
Memang kita bukan Nabi, jelas tak sempurna. Tapi, kita sewajarnya mencuba untuk mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ; PENERIMAAN TANPA SYARAT.
"Saya berkawan dengan awak sebab awak pernah selamatkan saya dulu.." bersyarat tak??
"saya sayangkan awak sebab memang saya sayangkan awak .." bersyarat tak??
Tepuk Dada Tanya Iman.
Kita memang inginkan kesempurnaan dalam apa sahaja yang kita lakukan, tapi kita perlu juga sedar yang kita tak sempurna. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mencuba yang terbaik. Selagi mana kita mampu membantu orang lain, insya'Allah, Allah akan membantu kita asalkan kita bersabar. Sebab Sabar itu untuk orang yang berjaya. Sama- sama kita doakan kesejahteraan diri dan semua orang supaya kita menjadi orang yang sabar dalam mencari Keredhaan-Nya.
No comments:
Post a Comment