Sunday, September 18, 2011

Lakukan yang terbaik




Adakah kita bersyukur? Boleh buktikan tak? Oh.. buat ‘kenduri kesyukuran’ la kan. Lagi? Sujud syukur ya..alhamdulillah.  Ha, puasa sunat pun kita mampu buat. Dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan. Semua amalan tersebut adalah perkara yang mahmudah dan banyak fadilatnya. TAPI, sedarkah kita tentang cara sebenar kita mensyukuri nikmat Allah? 

Setiap hembusan nafas kita adalah salah satu bukti kekuasaan Allah. Subhanallah.  Tapi saudara, apa yang kita buat? Jeng3…sedikit sketsa ringkas buat renungan saya, awak dan anda. 
..........
....
...
..
.
 Tatkala si teruna bertemu si dara,
jantung bagaikan berdegup laju.
 Si teruna berjanji setia selamanya, sehidup semati dan rela berkorban demi si jantung hatinya.
 Si dara pula berjanji setiap hembusan nafas dan nadi hanya untuk si teruna….
________
tettttttttttttttttt….dan apakah yang berlaku seterusnya???

Kehidupan untuk SIAPA???
Nah, senanglah mulut bercakap tentang erti syukur. Hakikatnya, kita sering lupakan Maha Besar, Maha Agung hanyalah Allah Ta’ala. Yang menghidupkan dan mematikan hanyalah yang Maha Esa yang Maha Berkuasa. Pergh, tak malunya kita nak cakap macam tu kepada makhluk yang tak beri apa- apa pun kat kita walaupun kononnya dia beri CINTA kat kita kan, membahagiakan, adapun yang terluka tetap bersangka baik terhadap 'Cintanya'. MasyaAllah. 
Amacam apabila bala pula yang menimpa diri? Mengeluh? Sedih sangat sehingga meyakini Kekuasaan Allah Ta'ala dan bersangka buruk kepada-Nya?? Nauzubillah. 
Cinta itu juga nikmat Allah Ta’ala. Kadang- kadang kita ‘terlupa’, ‘terleka’, ‘terbuai’, dan ‘ter-‘ yang seumpama dengannya lah. Come on lah kawan, itu bukan alasan. Senang- senang sahaja kita berjanji, ada yang dapat kita penuhi, Alhamdulillah, tapi yang MUNGKIR JANJI?? Nauzubillah… ingatkah kawan- kawan, yang sebelum kita dilahirkan untuk menjenguk Bumi ini kita telah berjanji kepada Allah Ta’ala. Apa janji kita?? Mana pergi janji kita?? Dah bereh ke????? Habis tu, kita masih menabur janji manis kepada orang lain…? Tepuk dada Tanya Iman. Bagaimana kita nak memelihara Cinta Allah, Cinta Islam, Cinta sesama makhluk, menjadi insan yang bersyukur, diredhai dan disayangi Allah, Rasulullah dan semua orang. Segala guideline terkandung dalam Al- Quran dan As- Sunnah.

"Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. Allah berfirman, 'Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya'."
(Q.s. al-A'raf: 17-8)

Cinta Sejati? hurmm, Fikir- fikirkanlah. Walau sesiapa pun kita macam- macam benda yang Allah telah,sedang,dan akan uji kita sama ada kita sedar ataupun separa sedar, mahupun tak sedar langsung. Anda nak masuk kategori kesedaran yang mana? Tepuk dada tanyalah Iman.
________ 








SALAM UKHUWAH...

No comments: